Oct 1, 2006
golongan yang mrendapat perlindungan arasy
Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda,meskipun baginda sudah wafat. Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda. Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.
Posted at 12:44 pm by yarahman
Permalink
Sep 27, 2006
Buat sahabat beragama Islam
.. ÇóáÓøóáÇóãõ Úóáóíúßõãú æóÑóÍúãóÉõ Çááåö æóÈóÇÑóßóÇÊõåõ Seiring akan datangnya Ramadhan, ku maafkan kesalahan sahabat, kawan serta teman - teman sekalian, dan mohon ku di maafkan atas semua kesalahan yang telah dilakukan selama ini, baik disengajakan mau pun sebalik nya.. Ya Allah, berikan kebaikan, Rahmat dan BarakahMu di bulan Sya'ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan.. Amin
Posted at 03:59 pm by yarahman
Permalink
Sep 22, 2006
Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAh
Posted at 04:25 pm by yarahman
Permalink
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak
Posted at 04:23 pm by yarahman
Permalink
Sabda Nabi s.a.w.:- Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa,maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya baginya antara lain sabdanya lagi : Bahawa Allah Taala bukakan pada bulan itu 300 pintu rahmat.
Posted at 04:22 pm by yarahman
Permalink
jangan sinpan sayang mu itu
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu
Posted at 04:22 pm by yarahman
Permalink
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai.Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri "Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur" - Saidina Umar Ibnul Khattab -
Posted at 04:21 pm by yarahman
Permalink
Syeikh Abdul Qadir Jailani dari kitabnya Sirur Asrar,''bila kebaikan&keikhlasan manusia lebih banyak,beerti nafsaniahnya telah digantikan dgn rohaniah.Maka,celakanya akan ditukar dgn bahagia.Sebaliknya bila mengikut hawa nafsunya,maka kejadian adalah sebaliknya.
Posted at 04:18 pm by yarahman
Permalink
Sep 5, 2006
Orang Yang Tidak Melakukan Solat: Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.. Zuhur: Tidak diberikan berkah dalam rezekinya.. Asar: Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan.. Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya. Isyak: Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.
Posted at 12:20 pm by yarahman
Permalink
Kitab Sahih Muslim - Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.: Bahawa sebahagian orang Ansar meminta kepada Rasulullah saw., maka beliau memberi kpd mereka. Kemudian mereka meminta lagi, beliau pun memberi kpd mereka, sampai ketika telah habis sesuatu yang ada pada beliau, beliau bersabda:" Apapun kebaikan yang ada padaku, maka aku tidak akan menyembunyikannya dari kalian. Barang siapa menjaga kehormatan diri, maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya. Barang siapa yang merasa cukup, maka Allah akan mencukupinya. Barang siapa yang bersabar, maka Allah akan membuatnya sabar. Seseorang tidak diberi suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran."
Posted at 12:19 pm by yarahman
Permalink